Monday, October 20, 2008

Appreciate what eva you haVe-[Must Read]

Berhari-hari aku memikirkan keputusanayah samada untuk menerima atausebaliknya.Kesihatan ayah tidakmengizinkan aku untuk berfikir lama.Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalamdiam-diam aku juga turut membuatperjanjian dengan Harriz lelaki yangtidak pernah aku temui.Aku bencikanHarriz kerana aku menyangka Harrizbukanlah seperti apa yang ayahbayangkan.Dia mungkin mempunyairancangan yang besar untuk merampaskekayaan kami dengan mengahwini aku danberpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.“Selepas kita bernikah, saya haramkanawak untuk menyentuh saya.Kita hanyaberlakon di hadapan ayah dan ibu sayabegitu juga dengan keluarga awak.Selepas setahun, awak ceraikan saya.Inidah termaktub dalam perjanjian kita.”Aku tidak berani memandang wajah Harrizketika kami berjumpa buat pertamakalinya di sebuah restoran.Aku akui,Harriz memang tampan orangnya malahlebih kacak daripada Izham.Sedikitsebanyak hati perempuan aku mulai cairnamun aku pantas melarikan fikirankupada perkara yang lain.Harriz merenungaku tanpa berkelip mata. Aku gelabah.Langsung tidak dibaca perjanjian MOUyang aku letak di hadapannya.Sakit hatiaku dibuatnya ketika itu.Aku kuatkansemangat untuk memandang Harriz dan cubaberlagak serius.“Tuhan kurniakan mata untuk melihat apayang ada di hadapan kita.Saya dahletakkan fail perjanjian kita di hadapanawak.Takkan awak tak tahu nakmenggunakan mata awak tu untuk melihatapa yang patut?” Aku memerli Harriz.Diacuma tersenyum.Masih tidak puas menatapwajah aku.Seluruh pelusuk wajahkudijajahnya.“Memang Tuhan anugerahkan mata untukmelihat.Sekarang, saya sedang melihatsatu lagi anugerah Tuhan yang diberikankepada saya.Kecantikan yang tidakpernah saya bayangkan, tapi sekarangbaru saya tahu bahawa sungguh indah alamini dengan adanya wanita secantik awak,Nurul Ain Bt Hamdi…” Ungkapan pertamakeluar dari mulut Harriz.Aku tersedak, hampir tersembur freshorange yang sedang kuminum.Pantastanganku mencari tisu di dalam begtangan. Harriz masih tersenyum.Merahpadam muka aku menahan malu.Bijaksungguh Harriz bermain dengan kata-kata.Aku hampir terpedaya dengan pujiannya.Ahh…Lelaki, semuanya sama…“Tapi sayang, awak tidak menggunakankecantikan awak itu untuk melambangkanhati awak.Buat pengetahuan awak, sayaini bukanlah seperti apa yang awakbayangkan.Niat saya ikhlas untukmemperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi.Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah,awak takut saya akan merampas semuanyaitu dari tangan keluarga awak.Terusterang saya katakan, seandainya awak iniadalah gadis cacat yang kudung tangannyaatau bisu mulutnya saya tetap akanmengahwini awak walau awak miskin sekalipun.”Bagi saya, harta boleh dicari tapicinta yang tulus suci hanyalah wujudsekali dalam hidup kita dan awak adalahwanita yang berada di dalam hati sayasekarang sehinggalah saya tidak bernafaslagi di atas bumi bertuah ini.” Harriztersenyum lagi.Aku pula tergamam.Macam mana dia bolehmengenali aku sejauh begitu.Kata-katanya kedengaran seolah-olah kamipernah berjumpa.Tapi, aku rasa tidakkerana inilah kali pertama aku melihatwajahnya. Sungguh pelik orang ini.Harriz membuka fail biru itu.Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, diamengambil pen dari poket bajunya lantasditandatangani MOU tersebut.“Awak tak berniat nak baca MOU itusebelum awak sign?” Aku memberanikandiri untuk bertanya pada Harriz.Sekalilagi dia memandang aku dengan pandanganyang penuh bermakna baginya.“Kalau saya baca, adakah niat awak ituakan berubah untuk menerima sayabagaimana ikhlasnya saya menerima awak?”Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.Entah kenapa di mana hilangnya marah akudan semangat aku ketika itu.Lelaki inibenar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukanmudah untuk menerima dia.Cinta aku padaIzham masih kuat. Harriz bangun.Airminuman yang dipesan tidak disentuh,masih suci sepertimana aku.“Assalamualaikum….” Itulah kata-kataterakhir yang diucapkannya sebelummeninggalkan restoran itu.Akuterpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.Sebelum aku berjumpa dengan Harriz,terlalu banyak kemusykilan tentangnyayang berlegar-legar di dalam fikiranaku.Kini pada pertemuan pertama kami,semakin bertambah kusut fikiran akumemikirkan tentang Harriz.Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang diamahu daripada aku? Atau adakah diamemang benar-benar tulus mencintai aku.Ahhhhh….makin difikir, makin pening akudibuatnya.Kini, telah hampir seminggu aku menjadiisteri kepada seorang lelaki yang tidakaku cintai.Majlis perkahwinan yangdiadakan amat meriah tetapi aku tidakmerasai keseronokan itu.Mungkin Harrizjuga begitu.Perhubungan aku dan Harrizmemang terbatas.Itu adalah syarat akusendiri sebelum Harriz melafazkan akadnikah.Kami hanya berpura-pura mesra di hadapanibu dan ayah tetapi di sebalik tabirkehidupan kami, tidak wujud kemesraantersebut.Harriz benar-benar memberikerjasama yang baik.Kadangkala simpatiaku menjengah di hati kecilku.Pernahaku menasihati dia supaya melepaskan akusebelum tamat kontrak perkahwinan kamitapi Harriz bukanlah lelaki yang senangdipujuk rayu.“Saya seorang yang menepati janji.Walauhati ini berat untuk berpisah denganawak, saya tetap akan patuhi syarat awakbahawa kita hanya bercerai selepas tamattempoh kontrak.Awak sendiri tahubagaimana perasaan saya pada awak.Tidakmunasabah andai saya menceraikan awaksekarang.Kalau boleh, saya mahu takdirmembuka pintu hati awak untuk menerimacinta saya dan menyayangi sayasebagaimana tulus dan sucinya cinta sayaterhadap awak.”Tiba-tiba Harriz memegang tangan kanankuketika aku sedang mengikat rambut lantasdiciumnya perlahan seolah-olah aku inibagaikan puteri yang sedang berhadapandengan rakyat biasa.Berderau darahkuketika itu. Aku menjarakkan diri.Bulatmataku memandangnya.Tanpa seganrenungan Harriz semakin tajam memandangke arah aku. Aku gementar.Rasa marahdan geram wujud dalam diri ini.Harrizcuba untuk memperdayakan aku dengankata-kata manisnya.“Tolong jangan bersikap kurang ajar!Sudah cukup selama ini saya bertahandengan sikap dan perangai awak!! Awakjangan umpan saya dengan kata-kata manisawak tu. Saya tak akan terpengaruh.Kontrak tetap kontrak.Biarpun setahunatau dua tahun atau selama-lamanya, sayatidak akan mencintai awak atau belajaruntuk menyintai awak!!”Cinta saya hanyalah untuk Izham.Awaktahu bukan? Izham lebih dahulu hadirdalam hidup saya tapi awak merosakkansegala-galanya dengan memperalatkan ayahdan ibu saya. Saya bukan macam mereka.Itu sahaja yang awak perlu tahu!!”Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.Aku sendiri terkejut dengan tindakanaku.Dari mana aku dapat kekuatan untukmelawan perasaan aku? Aku memaling kearah lain.Terasa semangat untukmempertahankan diri wujud dalam diriini.Mungkin kerana rindu aku pada Izhamsemakin kuat dan kesalahan aku padaIzham juga berat.Harriz hanya diam.Sedikit sebanyaknampak juga perbezaan di raut wajahnyayang mungkin terkejut dengan kata-kataamarahku yang tiba-tiba.“Maafkan saya kerana buat awak marah.Saya tak ada niat untuk menyakitkan hatiawak, Nurul Ain.Saya harap kita masihboleh jadi kawan,” ringkas sahajakata-kata Harriz kali ini.Aku masihtidak memandang wajah Harriz.“Nampaknya dah masuk waktu solat Isyaksekarang.Mari, kita berjemaah,” pelawaHarriz lembut. Aku memandang wajahnya.Dia tersenyum, “saya tunggu di bilik.”Harriz berlalu pergi meninggalkan aku diruang tamu. Perasaan marahku sudah reda.Malu pun ada bila mengenangkan kembalikemarahan aku yang berapi-api itu.Nampaknya Harriz masih boleh buat mukaselamba sedangkan sudah berbakul-bakulaku memarahinya sepanjang dia duduk dirumahku.Tidak tahu bagaimana lagi untuk akumewujudkan rasa benci dalam diri Harrizsupaya dia membenci aku.Kini,perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan.Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentangkeadaan kesihatan aku.Itu tidak laindan tidak bukan mesti berkaitan denganhal anak.Bagaimana aku nak memberitahu merekabahawa aku ini masih suci lagi.Harriztidak pernah menyentuh aku walaupun diaberpeluang.Dia benar-benar mengikutsegala kontrak yang ditulis oleh aku itusupaya tidak menjalinkan apa sahajahubungan dengan aku.Aku bertambahbingung.Segala apa yang aku lakukansemuanya tidak menjadi.Harriz masihlagi menyayangi dan menyintai aku.Aku dah tak tahu nak buat apa.Akurindukan Izham di saat-saat begini.Akukesunyian.Tanpa Izham aku rasakehilangan.Kadangkala aku nampakbayangan Izham dalam diri Hariz.Sampaibila aku mampu bertahan.Harriz terlalubaik terhadap aku.Hanya perempuan gilasahaja seperti aku yang tidak jatuhcinta padanya setelah pelbagai cara dialakukan untuk menambat hati aku.Akujuga manusia biasa.Cinta akan datangdan pergi sesuka hati dalam hidup ini.Apakah perasaan aku terhadap Harrizsekarang? Aku semakin bingung dengankehidupan yang aku lalui kini.Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.Akutiba lewat di rumah.Tapi, bukan keranabanyak kerja di pejabat cuma aku sengajapulang lambat supaya Harriz menyangkaaku perempuan yang selalu balik lewatmalam kerana puas berseronok di luar.Terjengket-jengket kaki aku melangkahmasuk.Suasana gelap menyelubungi rumahbanglo dua tingkat pemberian hadiah ayahsempena perkahwinan kami.Mujurlah hanyaaku dan Harriz yang tinggal di sini.Kalau tidak, tentu aktiviti kami akanterbongkar lebih awal.Minta-mintaHarriz akan memarahi aku kerana pulanglewat.Aku berjalan perlahan-lahanmenuju ke tangga tapi aku telahterlanggar sesuatu yang besar di hadapan.Hampir terjatuh aku dibuatnya namun,mujur da seseorang yang sempat memautpinggangku supaya tidak terjatuh.Berderau darah dibuatnya.Lampu ruangtamu dipasang…Aku tergamam.Pinggangku masih lagidipaut oleh Harriz.Mata bertentangmata.Hampir beberapa saat aku tidakbercakap.Tersedar dari lamunan, akupantas menolak Harriz ke tepi.Wajahkumula berubah. Merah padam jadinya.Marahbercampur malu benar-benar ada dalamdiri aku sekarang“Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasibbaik saya ni tak ada sakit jantung.Dahpukul 2.00 pagi.Awak tak reti-reti naktidur?” Aku memarahi Harriz.“Saya tunggu awak….”“Tak payah nak tunggu-tunggu.Saya nibukannya budak kecik lagi.Saya tahupukul berapa saya nak balik.Awak niorang gaji saya ke?”“Awak dah makan? Hari ni saya masak laukkegemaran awak, masak lemak cili apiikan keli. Awak mesti suka.Mari makansama, saya tak makan lagi ni.”Harriz mempelawa aku.Masak lemak ciliapi ikan keli? Terliur aku dibuatnya.Aku memang tengah lapar gila ni.Maklumlah, satu hari aku tak makan apa.Tengah hari tadi tak keluarpun sebabkerja banyak.Petang pula ada mesyuarat.Bila dahhabis kerja, aku pulak yang sengajabalik lewat hanya semata-mata nak naksakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30pagi aku duduk di pejabat.Tak terfikirnak makan pun. Sekarang, dah lapar.Bodoh betul aku.Takkanlah aku setujunak makan dengan dia.Habislah rancanganaku nak bagi dia marah.“Awak ni pandai masak ke? Saya nimemilih orangnye.Takpelah saya dahkenyang. Dah makan kat luar pun.Awaknak makan, awak makanlah sorang.”Aku pura-pura menguap di hadapannya“Ahh.. ngantuknya..”“Saya tahu awak belum makan lagi.Awaktentu lapar.” Harriz terus menuju keruang makan.Dia membuka tudung saji danmenyendukkan nasi untuk aku dan dirinyasendiri.Beria-ia benar dia mengajakaku.Macamana dia tahu aku tak makan?Aku masih lagi tercegat di antara ruangtamu dan ruang makan.Sesekali aku menjeling ke arah Harrizyang sedang leka menyiapkan makan malamyang rasanya dah boleh jadi makan pagi.Sanggup dia tak makan kerana menungguaku semalaman.Boleh percaya ke lelakini? Jangan-jangan dah siap makan.Sajanak tarik perhatian aku supaya simpatikat dia.Aku pantas menaiki tangga meninggalkanHarriz.“Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke,awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkansusah…” Harriz menasihati aku.Langkahkuterhenti.“Awak tak faham bahasa Melayu? Kan sayadah cakap, saya dah kenyang.Kalau awaknak makan, awak makanlah sorang.Sayanak naik atas, nak mandi dan tidur.Awakjangan ganggu saya!!” aku bentak keras.“Tak pelah, saya makan dulu.Nanti,kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye.Pergilah awak berehat,” Harrizmengakhiri perbualan kami.Aku terusnaik ke atas dengan perut yangbenar-benar lapar.Rasa nak terbalikdunia ni. Ya Allah laparnya.Hanya Tuhansaja yang tahu.Kenapalah aku bolehbertindak bodoh.Dah ada orang siapmasak, aku saja yang sombong takbertempat.Sekarang, siapa yang merana?Bukankah aku…?Itu baru satu keadaan di mana dia bolehbertahan dengan sikap aku.Tapi, kaliini aku pula yang tak tahan dengankeadaan kami apabila terpaksa berlakondi depan ayah dan ibu sewaktu kedatanganmereka ke rumah kami.Dari berdiri jarak 50 meter kini dahrapat macam belangkas.Dari muka yangmasam macam cuka kini aku terpaksasenyum meleret.Aku kena memainkanperanan sebagai isteri dan Harrizsebagai suami sedangkan gelaran itumemang ada pada kami.Terasa kaku akupada permulaan watak tetapi Harriz bijakmemainkan peranannya sebagi suami.“Berapa lama mak dan ayah nak tinggal disini?” Aku mengajukan soalan sebaiksahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamuselepas kami menjamu selera tengah hariitu.Percaya atau tidak, semua masakandimasak oleh Harriz tapi dia memberitahuibu dan ayah yang aku memasaknya.Ibutersenyum menggeleng.“Ain…Ain… Mak dan ayah belum panaspunggung lagi dah ditanya bila nakbalik. Mak ni, rindukan anak mak.Salahke mak melawat anak mak yang kinidah jadi isteri orang,” balas ibu.Akutertunduk malu. Ye tak ye jugak..“Ain ni bukannya apa mak.Dia takut makdan ayah balik awal.Duduklah 2-3 harikat sini, mak. Lama-lama pun tak apa.Kami pun berdua.Kalau ada mak denganayah, taklah sunyi kami ni..” Harrizmenyampuk. Aku menjeling pada Harriz.Nampaknya, dia ni nak mengambilkesempatan.Ketika itu tangan kirinyasengaja memeluk pinggangku.Aduh, gelibetul. Aku tak boleh nak tolak.“Yelahh, mak.Duduklah lama-lama katsini.Mak pun tentu bosan duduk katrumah, lagipun ayah kerja.” Aku terpaksamenipu.Kalau boleh nak saja akumenyuruh mak dan ayah balik sekarangjuga.Bukannya aku tak sukakan merekatapi aku tak mahu berlakon lagi.“Tak bolehlah macam tu.Kamu dahberkeluarga.Mak dan ayah tak nak ganggukamu.Kami ni datang saja nak melepasrindu. Dua hari lagi kami baliklah.”Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2tahun nak menunggu mereka balik.Aku lihat Harriz tersenyum meleret.Makin erat dia memeluk pinggangku.Suhudi kepala aku ni dah mendidih.Rasanyanak saja aku cekik-cekik Harrizsekarang.Betul-betul mengambilkesempatan. Aku pantas bangun.Semuamata memandang ke arah aku.“Tak pelah, mak ayah.Ain ada halsekarang ni.Pukul 2 petang Ain adamesyuarat dengan pelanggan.Nanti malambaru Ain balik.Mak dan ayah tak payahtunggu Ain.Tak tahu pukul berapa Ainbalik.”“Hari ni kan Ahad, Ain.Takkan bekerjajugak. Kesian kat Harriz ni.Sepatutnya,masa cuti jangan diganggu.Kamu tu dahkahwin, dah bersuami.Kamu kena jagamakan pakai si Harriz ni.KesianHarriz.” Berbakul-bakul ibu membelaHarriz. Eeeee….bertambah-tambah geramaku. Ayah hanya tersenyum.Tak banyakcakap. Malas nak masuk campurlah tu.Pendek kata, apa saja yang ibu cakapayah akan setuju.Betullah mereka nisatu kepala.Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggangjauh dari api.“Ain memang ada hal petang ni, mak.Takboleh nak tolak.Pelanggan Ain tu dariJepun. Dia tak boleh lama kat sini.” Akumembalas kata-kata ibu dengan harapanHarriz akan membantu aku.“Takpe, mak.Saya tak kisah, lagipunselama ni tak pernah kurang kasih sayangAin pada saya.Lagipun saya kenalpelanggan Jepun tu.Dia kawan lama sayamasa kursus kat Tokyo dulu.” Harrizmenyokong aku.Lega rasanya di hati.Aku memandangHarriz. Dia hanya tersenyum.Tiba-tibasaja dihulurkan tangannya supaya akumencium tangannya.Mahu tak mahuterpaksalah aku bersalam dan menciumtangan Harriz.“Saya pergi dulu, bang..” Lembut akubersuara meminta izin.Mak dan ayahtersenyum-senyum memandang gelagat kamiberdua.Rasa senang di hati merekamelihatkan kemesraan aku dan Harriz yangsebenarnya dibuat-buat.Aku terlalu rindukan Izham.Kenapa Izhamtiba-tiba sahaja menghilangkan diri.Sudah lama dia tak menghubungi aku.Hampir 3 bulan aku tak mendengarsuaranya. Izham masih lagi di London.Dahulu, di awal usia perkahwinan kamiIzham sering menelefon aku.Suaranyabenar-benar memberi aku semangat.Izhamtahu mengenai masalah aku dan Harriz.Dia juga tahu rancangan aku mengenai‘perkahwinan kontrak’ ini.Izhamlangsung tidak memarahi aku.Dia tahubahawa aku menerima Harriz bukan atasdasar cinta tapi atas dasar hormat akupada ayah.Dia jugalah yang menyokongaku dan katanya lagi bahawa dia sanggupmenunggu aku bukan saja setahun malahselama hayatnya masih hidup dia sanggupmenanti aku.Aku dapat rasakan ketikaitu akulah wanita yang paling bertuahkerana dapat memiliki cinta Izham yangbetul-betul ikhlas menyayangi aku.Namun suara Izham hanya dapat aku dengar3 bulan yang lalu.Di mana Izhamsekarang? Mungkinkah dia terlalu bosanmenunggu dan terus menunggu kehadiranaku dalam hidupnya? Ahh... kalau akujadi Izham pun sudah pasti perkara yangsama akan aku lakukan.Satu tahunbukannya tempoh yang singkat.Sedangkanhati boleh berubah inikan pulapenantiannya yang boleh dianggap satuangan-angan yang tak pasti.Ini semuanya berpunca daripada Harriz.Kadangkala aku terlalu bencikan Harriztetapi kehadiran Harriz jugalah sedikitsebanyak telah mengubah hidup aku.Tidakdapatku sangkal bahawa dia seorang suamiyang baik, dan benar-benar mengambilberat tentang diri ini.Aku sahaja yangtidak pernah menghargai kehadirannyadalam hidup aku.Tiada lelaki lainselain Harriz yang tulus ikhlasmenyayangi, menyintai, dan menghormatiaku.Bila difikir-fikirkan, aku rasabertuah kerana punya seorang suami yangterlalu memahami aku.Memanjakan aku seolah-olah aku ini budakkecil yang perlu didodoi.Aku sakit diamenjadi doktorku, aku lapar dia menjaditukang masakku malah bila aku terlambatke pejabat dia sanggup menghantarkusedangkan ketika itu dia punya urusanlain.Tapi, kenapa mesti Harriz? BukanIzham?Tiba-tiba saja hati aku terdetik,mungkinkah jodohku memang bersamaHarriz.Sisa-sisa hayatku adalah hidupbersama Hariz sehingga aku mati.Di manaIzham sekarang? Kenapa dia menghilangkandiri? Sudah tiada lagi cintakah di dalamhatinya untukku? Atau aku sahaja yangmengangankan sesuatu yang bukan milikku.Sedangkan sesuatu yang sudah tentumenjadi milikku aku abaikan begitu saja.Antara Harriz dan Izham?? Siapa yangharus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukarhidup ini.“Masih panas lagi suhu badan awak ni.Saya bawa awak ke klinik..” Aku ingatlagi peristiwa pertama yang mencetuskanrasa sayang aku pada Harriz dan wujudnyarasa cinta dan kasih di hati ini padaHarriz. Ketika itu aku demam panas.Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apakerja ketika itu.Nak bangun dari katil pun tak terdaya.Mungkin waktu itu aku terlalu rindukanIzham dan dalam masa yang sama aku jugasibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.“Tak pe, saya sihat. Panas sikit je.Lepas makan Panadol, sihatlah.Awak takpayah nak risaukan saya.Saya tahu apayang saya buat. Awak buatlah kerja awak.Jangan ganggu saya, boleh tak?” Akumeninggikan suara.Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cumaaku tak tahan dengan kesakitan di kepalayang aku alami.Harriz masih takberganjak.Dia meletakkan tangannya didahiku.Aku menepis dengan kuat tanganHarriz.Berkerut-kerut dahiku menahansakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu.Dengan pantas tanpa pedulikankemarahanku, Harriz terus mendukungkukeluar dari bilik.Aku benar-benarterkejut dengan tindakannya.Habis tubuhHarriz menjadi sasaran aku untuk memukul.“Awak nak bawak saya ke mana ni ?Lepaskan saya!!” Aku cuba menjerit tapibadan aku terlalu lemah dan tak mampuuntuk aku meninggikan suara.“Awak sakit di hadapan mata saya.Takkansaya nak jadi orang bodoh untuk dengarkata-kata awak supaya tinggalkan awakdalam keadaan macam ini.Saya nak bawakawak ke klinik.Nyawa awak lebih pentingsekarang.”Harriz….Sungguh mulia hatimu.Aku butauntuk menilai kasih sayangmu yangmencurah-curah mencintai diri inisedangkan aku terus bodoh menanti padaorang yang tak pasti.Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulaicair.Sepanjang aku terlantar sakitHarriz menjaga aku siang dan malam.Diasanggup mengambil cuti semata-mata untukmenemani aku.Segala makan dan pakaisemuanya Harriz yang lakukan untuk aku,biarpun pada mulanya aku malu dengantindakan Harriz.Entah mengapa, perasaan benci dan marahdalam diri ini pada Harriz berubahmenjadi kasih dan sayang pada Harriz.Aku benar-benar terharu dengankeikhlasannya selama ini dan aku jugabangga dengan ketabahan Harriz yangsanggup hidup bersama aku susah dansenang.Dia tidak pernah kisah dengancaci makiku dan kutukan aku pada dirinyaselama ini.Kesabarannya terhadap kedegilan akumembuatkan aku mula jatuh cinta padaHarriz.Tetapi keegoan aku mengatasisegalanya.Aku malu untuk meminta maafpada Harriz walaupun selama ini aku yangbanyak melakukan kesilapan.Aku tahu, aku seorang isteri tapi akutak pernah menjalankan kewajipanku.Akugagal menjadi isteri yang sempurna padaHarriz.Dua minggu lagi akan tamatlah ikatankontrak perkahwinan kami.Sepatutnya akuboleh gembira sekarang kerana tidak lamalagi Harriz akan melafazkan kata-katakeramat bagi seorang isteri.Namun,kegembiraan itu tidak dapat aku rasakansekarang.Buat pertama kali dalam hidupaku, aku dapat melupakan ingatan akupada Izham.Kerinduan pada Izam sudahtiada lagi.Yang terbayang di dalam fikiran akusekarang hanyalah Harriz Bin Hisham,seorang suami yang terlalu agungdarjatnya dalam hati aku.Akubenar-benar takut untuk berpisah denganHarriz.Selepas ini Harriz bukanlah lagipeneman setia aku.Aku dapat rasakanbahawa hidupku selepas ini akan sunyi.Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauanHarriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telahaku lakukan sekarang?“Selagi awak di hadapan mata saya danawak hidup bersama saya, selagi itulahkewajipan saya sebagai suami akan sayalakukan.Biarpun dalam kontrak tidaktertulis, namun sudah menjaditanggungjawab seorang suami supayamenjaga isterinya samada dalam keadaansusah mahupun senang.2 minggu lagi,hubungan kita akan tamat.Tapi,percayalah biarpun sehari malah sesaatpun, awak tetap di hati saya.Saya tahukebencian awak pada saya tidak akanhilang. Begitu juga dengan cinta saya.Ianya tidak akan pernah pudar.Andaidiberi peluang sekali lagi, saya mahuteruskan hidup ini bersama awak NurulAin.Nama awak sudah terpahat di dalamhati saya.”Harriz mengusap rambutku dengan kainbasahan sewaktu memandikan aku yangterlantar sakit.Tiba-tiba satu ciumandiberikan di dahiku.Terasa inginmengalir air mata ini, namun aku dapatbertahan.Mataku ketika itu masihtertutup.Mungkin Harriz menyangkakanaku sedang tidur tetapi tidaksebenarnya.Segala kata-kata luahan hatiHarriz dapat aku dengar cuma aku tidakberani untuk menatap wajah Harriz ketikaitu.Harriz, kenapa kau terlalu baik padadiri ini yang seharusnya tidak layakuntuk berada di hatimu yang suci itu.Aku tidak mampu untuk menyintai sepertimana engkau menyintai aku.Andai engkaudapat mendengar luahan hati ini,berjuta-juta kemaafan ku pohon darimutapi untuk meluahkannya hati aku amatberat. Aku malu sebenarnya Hariz.Terasakecil diri ini di hadapan matamu Harriz.“Kenapa awak menerima saya untuk menjadiisteri awak sedangkan sebelum ini kitatidak pernah berjumpa.Awak tak pernahmengenali saya, tapi awak sanggupberkahwin dengan saya.Bukankah itu satutindakan yang bodoh namanya?” Akumemberanikan diri untuk bertanya padaHarriz sewaktu kami menjamu selera disebuah restoran selepas balik dariberjumpa dengan ibu dan ayah.Harriztersenyum. Dia memandang aku.Aku jadikaget.“Soalan itu rasanya sudah saya jawabsebelum kita menjadi suami isteri lagi.Nama awak sebenarnya sudah lama terpahatdi dalam hati saya.Hampir dua tahunsaya mengenali awak sebelum sayaberjumpa dengan awak.” Harriz sengajamenoktahkan ayatnya di situ supaya akusemakin keliru.Kali ini aku yangmemandang wajahnya dengan seribupertanyaan di kepala.“Dunia ini tidaklah sebesar mana.Tuhanmentakdirkan hidup saya supaya bertemudengan awak bukan di bumi Malaysia.Sayajuga pernah belajar di luar negara dansama universiti dengan awak.” Aku ternganga.Ligat otakku mengingati semulawajah-wajah pelajar Malaysia yang pernahaku jumpa di London.Rasanya tiadalangsung wajah Harriz yang pernah akujumpa.Betulke dia ni atau sengaja nakmemainkan aku?“Setahu saya pelajar Malaysia tidaklahsebanyak mana pun, tapi kenapa saya takpernah berjumpa dengan awak? Awak jangannak bergurau dengan saya.” Aku seakantidak percaya.Benarkah apa yang Harrizcakapkan sebentar tadi?“Saya belajar part time.Awak memangtidak akan perasan saya.Saya belajarwaktu malam, tapi awak dan Izham selaludatang makan di restoran tempat sayabekerja.Ingat tak CafĂ© Bistroze? Sayajadi pelayan bar di situ.Maklumlah,saya ni orang miskin, tak mampu nakbelajar sepenuh masa.Siang saya bekerja dan malam sayabelajar.Ketika itulah saya sempatmengenali awak.” Harriz menamatkanayatnya di situ.Dia menghabiskanminuman. Aku terdiam.Sungguh tak kusangka, dunia ini terlalu kecil.Tuhanmenemukan aku dan Harriz tanpa akumengenali siapa dirinya.Harriz terlalupandai menyimpan rahsia.“Esok, genap setahun kita menjadi suamiisteri yang sah seperti mana termaktubdalam kontrak yang telah sayatandatangani.Biarpun hati ini beratuntuk melepaskan awak tapi saya tidakpernah lupa dengan janji saya.”Melukakan hati dan perasaan awak adalahsatu dosa paling besar di mana sayatidak dapat memaafkan diri saya sendiri.Awak terlalu suci di mata saya.Awak takpernah bersalah dengan saya.Saya yangseringkali melukakan hati awak selamaini.Saya benar-benar berharap agar awakdapat ampunkan dosa-dosa saya.” Harriztertunduk menahan sebak di dada.“Terus terang saya katakan, esok adalahhari yang paling saya takutkan.Sayadapat rasakan bahawa esok akanmengubahkan segala takdir hidup sayayang selama ini saya rasakan indah.Hidup bersama awak adalah satu kenanganyang paling manis buat saya.Segalanyaberubah bila awak hadir dalam diri saya.Awak adalah semangat saya untuk sayateruskan hidup ini yang kian singkat….”Aku rasa hairan dengan kata-kataterakhir Harriz.Apa yang dia cubamaksudkan? Hariz yang berada di hadapanaku sekarang bukanlah Harriz yang selamaini aku kenal.Aku dapat lihat perubahandi wajahnya.Lain benar seakan menyimpansatu rahsia yang tidak aku ketahui.Akujuga dapat lihat air mata lelakinyahampir mengalir tapi mampu ditahan.“Awak tak pernah bersalah dengan saya.Saya yang sepatutnya memohon ampun danmaaf dari awak kerana dosa saya sebagaiisteri adalah terlalu besar.Saya kagumdengan awak kerana menghormati saya dankeputusan saya selama ini.Awak seoranglelaki yang terlalu baik dan saya tidaklayak untuk berada di hati awak.Sayapercaya, selain saya akan ada seorangwanita lain yang akan muncul dalam hidupawak dan benar-benar menerima cinta awakdan menyayangi awak lebih darisegala-galanya di dunia ini.”Aku juga menahan sebak.Tidak mahu airmata ini mengalir di hadapannya.Percayalah Harriz, sesungguhnya hati initelah lama engkau miliki tapi aku takmampu untuk berterus terang.Akuperlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.Aku sebenarnya terlalu malu untukberhadapan dengan dirimu yang tulusikhlas mencintai aku.Aku tahu, akubodoh selama ini kerana tidak nampaksebutir permata yang boleh menerangisepanjang hidupku.Harriz hanya mamputersenyum.Dia memegang tanganku lantasciuman kasihnya diberikan.Aku dapatrasakan mungkin itu adalah ciumannyayang terakhir sebelum kami berpisah.“Selepas ini, saya harap awak tidak akanhilangkan ingatan awak pada saya.Biarpun diri saya ini hanyalah sebesarzarah di hadapan mata hati awak, namunawak jangan lupakan saya.Kalau boleh,biarlah berkekalan sampai ke akhir hayatawak.Setahun adalah satu tempoh yangsingkat untuk saya lebih mengenali awak.”Kalau Tuhan mentakdirkan umur sayapanjang ingin rasanya sekali lagi sayaharungi hidup ini bersama awak di dalamsatu keadaan yang berbeza di mana awakbenar-benar mencintai saya danmenyayangi saya sepenuh jiwa dan hatiawak.Andai terjadi, saya dapat rasakanbahawa sayalah manusia yang palingbertuah dapat memiliki awak.” Kamibertentangan mata buat kali terakhir.Aku jadi sayu apabila memandangwajahnya. Takdir kami akan berubah esok.Mungkinkah ianya terjadi….Malam itu aku tidur di dalam seribuketakutan.Esok pasti akan terjadi,begitu juga dengan lafaz kontrak akantermaktub. Ahhh..undang-undang yangdibuat manusia. Sentiasa menyusahkan.Takdir hidup aku esok akan ditentukan.Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harrizlebih merasai ketakutannya.Dia terlalumencintai aku.Malah kerana cintanya ituakhirnya memakan dirinya sendiri.Diamenghormati segala keputusan aku keranaikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.Keesokan harinya aku terlewat bangun.Tergopoh gapah aku keluar dari bilik.Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiadadi dalam biliknya.Begitu juga dengankereta Harriz, tiada di luar.Akuterduduk di ruang tamu.Terlalu cepat Harriz meninggalkancintanya.Tidak sempat untuk dia berkatasesuatu pada aku buat kali yangterakhir.Mungkin Harriz tidak mampuuntuk berhadapan dengan aku.Kontrak perkahwinan terletak kemas diatas meja.Aku dapat lihat sepucuksampul surat berwarna biru di ataskontrak tersebut.Hati akuberdebar-debar.Semakin lama getaran didadaku semakin terasa.Tanganku menjadisejuk.Menggigil-gigil jari jemari iniuntuk menyentuh surat tersebut.Lama akuperhatikan surat Harriz.Aku tak sanggupnak buka kerana aku tahu segalakeputusan semuanya berada di dalambaris-baris ayat surat tersebut.Akutakut, namun, aku pasrah.Ia kehendakTuhan dan hati aku sendiri.Aku harusmenerima segala keputusan dengan tenang.Lagipun selama ini itulah yang aku mintapada Harriz biarpun Harriz berat untukmelakukannya.Dengan lafaz Bismillah akumembuka lembaran surat tersebut danakhirnya….“Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIMdengan ini menceraikan NURUL AIN BTHAMDI dengan talak satu.Segalanyaadalah mengikut kontrak perkahwinan yangtelah kami tandatangani iaitu bertarikh30 DISEMBER 2002”-HARRIZ BIN HASHIM-Dia benar-benar melakukannya…Pertamakali air mataku mengalir.Aku kini bukanmilik Harriz lagi.Tahniah untuk dirikusendiri kerana permainkan undang-undangTuhan dan natijahnya aku yang terimasekarang.Ooohh..Harriz.Kenapa kau berlalu pergibegitu saja.Tiada langsung ucapanselamat tinggal yang keluar darimulutmu.Kenapa hatimu terlalu lembut?Kenapa kau tidak memujuk aku supayajangan berpisah ? Andai ianya berlakusudah pasti aku tak mahu engkaumeninggalkan aku.Aku mula menyayangidirimu Harriz.. Benih-benih cinta dankasih dalam diri ini pada Harriz sudahbercambah tapi aku tak mampu untuktunaskannya…Hampir 2 bulan selepas perceraian kamiaku tidak pernah bertemu dengan Harriz.Dia menghilangkan diri begitu sahaja.Aku tidak tahu ke mana Harriz membawadiri.Sudah puas aku mencari tapi Harriztidak juga aku temui.Aku sudah bernekadbahawa aku mesti mencari Harriz.Aku ingin mengikat semula taliperhubungan kami yang terputus.Akutelah bersumpah bahawa tiada lelaki lainselain Harriz yang boleh menjadisuamiku.Aku ingin bina semula istanacinta kami yang telah aku runtuhkandahulu disebabkan kebodohan aku.Tapi, di mana aku nak mencari Harriz?Sudah merata tempat aku pergi.Telahpelbagai cara aku lakukan namun gagal.Adakah sengaja Harriz tidak mahuberjumpa dengan aku? Terlalu besarkahdosa aku padanya?Ibu dan ayah sudah tahu mengenaiperceraian aku dan Hariz.Merekabenar-benar terkejut dengan tindakankami pada mulanya.Ayah marahkan aku,begitu juga ibu.Aku tahu aku yangbersalah.Namun marah mereka tidak lamakerana mereka tahu takdir sudah tertulisbahawa aku dan Harriz tidak boleh kekalbersama cuma mereka kesal dengan sikapdan perangai aku yang tidak pernahberubah.Aku terlalu degil dan sukaruntuk dibentuk.Tapi itu dulu, sebelumkehadiran Harriz.Sekarang, aku bukanseperti aku yang dulu.Harriz telah mengubah pendirian aku.Dialah punca segala-galanya.Dia jugalahyang telah membuka pintu hati ini untukmengenal apa itu erti cinta, kasih,sayang dan rindu.Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz disisi.Cinta, kasih dan sayang padaHarriz semakin hari semakin bertambah.Nama Izham terus hilang dari ingatanaku.Dia bukanlah lelaki yang bolehdipercayai.Segala kegiatan jahatnyaterbongkar apabila satu hari aku terbacadiari Harriz yang tertinggal di rumahkuselepas Harriz menghilangkan diri padapagi yang keramat itu.Setiap detik dan hari sudah pasti adakisah aku dan Izham

Moral of the story-hargai lah setiap ape yang anda ada sekarang sebelum anda menyesal di kemudian ari..

Sunday, October 19, 2008

Y.E.S.T.E.R.D.A.Y 19/10

Semalam (19/10) pagi-pagi lagi aku dah masuk kedapur siapkan ape-ape yang patut...ahahaha..ikut task yang ana berikan aku kene memasak sambal telo puyuh..(huh tak mencabar langsung task tersebut.:-P.).. sape yang nak resepi leh tgk cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah,let's cikedaut..
bahan-bahannye:-
1)lada kering(dikisar)
2)belacan (1/4)
3)bawang merah (3 ulas)
4)bawang putih (4 ulas)
5)minyak untuk menumis
6)telo puyuh yang sudah direbus dan di kopek kulitnyer.
7)bawang merah yang dimayang (2 ulas)
8)garam + ajinomoto
9)air asam jawa
10)gula
cagre-cagre
tumbuk bawang putih+bawang merah selumat-lumat nyer.then masukkan belacan.dah siap biarkan je dalam lesung batu tu kejap.
ambil minyak then panaskan dalam kuali(minyak agak-agak) jgn banyak sangat oke.
masukkan bawang merah yang di mayang tadi then kacau-kacau sampai naik bau bukan sampai hangit oke badol.
afta dats,masukkan pulak bahan-bahan yang kat dalam lesung tu,bukan dengan lesung-lesung itu bodo ayam namenye.biarkan bahan-bahan tadi garing and sampai naik bau.Weewooo.
pastu masukkan lah lada yang telah dikisar kan itu tadi,yang part nih pls make sure lada yang korang-korang masukkan tadi akan garing dan masak,this is to avoid yr sambal become cepat basi.beside that ader kemungkinan jugak leh sakit perut,tambahan lagi kalau tak masak+garing korang punyer sambal leh jadik pedas.
then leh masukkan garam+ajinomoto+air asam+gula secukupnyer.last sekali masukkan telo puyuh tadi.then siap dihidang oke.
pastu sesambil tgu sambal aku siap(garing) aku pun menyiapkan bahan-bahan untuk membuat popiah.arg yang ni malas aku nak bg resepi korang goggle lah mesra.net.(ghehehe)
lebih kurang sejam,hurm dah siap lah popiah ku..aku balut hampir 100 pieces terasa macam dulu-dulu mase tolong mak aku berniaga jek.tapi aku tau kawan-kawan aku mmg kuat& sihat cfm boleh abiskan.:P
dah siap setting-setting semua,aku secepat kilat bersiap.
Destinasi pertama,majlis perkahwinan Shazreen & Am(agaknye la) tak ingat r.
Bg msg kat En Bf sudah ontheway,1/2 jam dirumah pengantin terus bergerak ke rumah ANAHAWANA,seperti yang dijanjikan menu nasi lemak daun pisang.
Ana sudah menyiapkan ayam goreng berempah (huh yummy).then semua dah berkumpul kami macam kebiasaan sessi kutuk mengutuk pon berjalan...kejadian ini berlaku hampir 6 jam.
(aku sangat eppy cz dapat mengutuk,dikutuk dsgainye...) Btw sangat heppy kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sangat best since sekolah and till now.Hope our relationship akan sampai bile-bile..really luv u all babe.thanks to be my fwens

Tuesday, October 14, 2008

Ada Apa Dengan Raya......:-)

Harini dah masuk hari ke 15 umat Islam merayakan sambutan hari raya,yeay...aku masih dalam mood raya yang tak suda-sudah...malas gile nak buat keje.Jemputan open house disana sini,sampai ader yang tak sempat nak pergi...bayangkanlah satu hari sampai 6-7 buah rumah..pergh..gile@!! dah tu pulak makanan sume best-best..ader macam-macam..erk..kenyang..itulah yang dinamakan rezeki..

aku seperti taun-taun sebelumnyer MEMANG takde buat open house,yuplah dok bujang nak buat open house mende.retilah pulak nak memasak(humblelah kunun) jgn kate kueh..air masak pon siap beli kat Giant atau Tesco lagik...punyela pemalas..wanita berkarier lah katakan.. (hehehehe).So sesapa yang berhajat nak beraya umah aku,kuburkan sahajalah niat anda sume..

Yeay...aku tak sabar2 nak tgu 19/10 sebab mase nih aku dan geng2 tongcit ku akan memporakkan peranda keranda kan umah Ana...kerana kami sume akan berkumpul&mengompol kat umah Ana...ala2 open house lah...tapi formatnyer kene bawak makanan sendiri-sendiri...adake patut..?Tema nyer..nasik lemak daun pisang...aku ditugaskan untuk memasak sambal..erm...sambal telo burung puyuh..hehehe..dan menu yang selebihnye di bahagikan kepada jin2 toncit yang lain....

Okies guys...tak sabo nak jumpe kalian...lagik satu aku jugak tgh countings days nih...erk...takut..harap2 2nd stage nih berjalan dengan lancarnyer...amin..

kepada "kamu" sayang kamu banget...